Setiap Penyakit ada Ubatnya 

Telah sekian lamanya pengamal-pengamal perubatan menemui jalan buntu

bagi menangani penyakit kanser. Pengubatan moden menemui pelbagai
kaedah bagi mengubati kanser, seperti radioterapi atau kemoterapi,
yang sehigga kini tiada pakar dapat memberikan kepastian bahawa
 kaedah-kaedah tersebut dapat menyembuhkan penyakit ini.

Sejarah penghidap kanser, selepas melalui kaedah pengubatan

 radioterapi atau kemoterapi yang memeritkan ini akan menemui
 jalan buntu dan hanyalah sekadar memanjangkan tempoh hayat
penderitaan dan bukan menyembuhkannya.

ALLAH S.W.T, Tuhan sekelian alam yang Maha Pengasih lagi

 Maha Penyayang telah menyediakan penawar bagi segala penyakit.
 Benarlah Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang
 berbunyi “Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati”.
Untuk itu, Dia telah menganugerahkan sejenis herba
yang dikenali dengan nama Keladi Tikus atau nama
saintifiknya Typhonium Flagelliforme yang setakat ini,
 Alhamdulillah telah terbukti dengan izinnya dapat
menyembuhkan penyakit maut ini


Apakah itu Typhonium Flagelliforme? 

Typhonium Flagelliforme adalah nama saintifik bagi Rodent Tuber dalam Bahasa Inggeris atau Keladi Tikus dalam Bahasa Melayu. Ia juga dikenali sebagai Tu Ban Xia atau Lao Shu Yu dalam bahasa Cina. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan araceae yang hanya mencapai ketinggian antara 25cm hingga 30cm sahaja. Ia biasanya tumbuh di dalam habitat lembap dan tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Mempunyai daun hijau yang bulat dan runcing seperti bentuk daun sirih. Typhonium flagelliforme / Keladi Tikus adalah tumbuhan herba tumbuh di Asia Timur.